Wednesday 7 November 2012

Mari Berpantun!

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti   
   Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati            
   Kerja yang susah menjadi senang  

Asam kandis mari dihiris            
    Manis sekali rasa isinya    
Dilihat manis dipandang manis
    Lebih manis hati budinya  

Kayu bakar dibuat arang       
   Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
    Cermin muka lihat sendiri   

Selasih tumbuh di tepi telaga   
    Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga   
    Kasih saudara masa berada






JOM Menyanyi bersama!

ayuh kita nyanyi lagu tiga kupang bersama-sama!


Mari Mengenal Suku Kata

SUKU KATA

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Video dibawah dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengenai suku kata terbuka dan suku kata tertutup.




Ayuh Kenal ABC!


ayuh bersama-sama kita mengenal huruf ABC dengan menyanyi bersama-sama! 




Selamat Datang ke Blog saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang diucapkan ke Blog saya. Saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai bahan-bahan yang berkaitan dengan prasekolah.  semoga apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua.