Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Wednesday 7 November 2012
Mari Mengenal Suku Kata
SUKU KATA
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Video dibawah dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengenai suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Selamat Datang ke Blog saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang diucapkan ke Blog saya. Saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai bahan-bahan yang berkaitan dengan prasekolah. semoga apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)